Insiden ‘diboo’ penyokong England, Sterling tampil pertahan Gomez

Joe Gomez diboo penyokong England selepas dia dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan England menentang Montenegro di Wembley. foto: Getty Image

RAHEEM Sterling tampil mempertahankan Joe Gomez selepas pemain pertahanan Liverpool itu ‘diboo’ oleh penyokong England.

Gomez dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan England menentang Montenegro di Wembley, dengan Sterling mengawasi dari bangku simpanan selepas dia digugurkan oleh Gareth Southgate.

Sterling dikecualikan dari senarai skuad England untuk menentang Montenegro dalam saingan Kelayakan Euro 2020 susulan bertegang leher dengan Gomez ketika sesi latihan, beberapa hari lalu.

Sterling dan Gomez dilaporkan terbabit dalam perselisihan ketika berlatih di kem latihan England di St George Park.

Insiden itu tercetus disebabkan kemenangan Liverpool menewaskan City 3-1 dalam saingan Liga Perdana di Anfield tetapi emosinya merebak ke kem latihan berkenaan.

Dalam Twitter, Sterling menulis: ‘Kepada semua peminat England, saya ingin meninggalkan perkara itu tetapi malam ini saya perlu bercakap lagi.

‘Sukar untuk saya melihat rakan sepasukan saya diboo kerana sesuatu yang salah saya.

‘Joe tidak melakukan apa-apa yang salah dan bagi saya, melihat seseorang yang sentiasa menundukkan kepala dan bekerja keras terutamanya selepas minggu yang sukar baginya, untuk diboo apabila dia datang malam ini adalah sesuatu yang salah’. - Metro.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain