suria

“Tanpa bakat, tak banyak kamu boleh lakukan” - Ronaldo ucap terima kasih pada Messi

Messi (kiri) sememangnya dikenali sebagai pencabar terdekat Ronaldo (kanan).

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo mengucapkan terima kasih kepada pesaing utamanya, Lionel Messi.

Kata Ronaldo, apa yang berlaku antara mereka merupakan persaingan yang sihat.

Bermula 2008 hingga 2017, Messi dan Ronaldo mengumpul pelbagai anugerah termasuk Ballon d'Or sehingga meletakkan mereka sebagai antara pemain terhandal di dunia.

"Bersemuka di padang bersama-sama menjadikan kami lebih baik. Ia persaingan yang bagus.

"Kami berkongsi pentas selama 15 tahun. Saya tak tahu jika ia pernah berlaku dalam bola sepak.

"Dua lelaki di pentas sama sepanjang masa. Ia tak mudah. Dan sudah tentu kami ada hubungan yang baik.

"Tanpa bakat, tak banyak yang kamu boleh lakukan," kata Ronaldo.

Tambah Ronaldo lagi, tiada apa yang dapat dicapai dengan mudah.

Dia juga memberi jaminan tidak akan lupa segala usaha yang dilakukan sehingga membawa dirinya ke tahap hari ini. - 90min.

 

Ronaldo, Messi, Ballon d'Or

Artikel Lain