suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendandan rambut Cristiano Ronaldo mati ditikam

Ricardo Marques Ferreira (bertopi) yang digelar kembar Cristiano Ronaldo ditemui mati ditikam di sebuah bilik hotel di Switzerland. Foto: Facebook/Dailystar)

PENDANDAN rambut selebriti yang diberi jolokan ‘kembar’ Cristiano Ronaldo ditemui mati ditikam di sebuah bilik hotel di Switzerland.

Mayat Ricardo Marques Ferreira ditemui oleh pembersih di sebuah hotel perniagaan pada Jumaat.

Akhbar tabloid Portugal, Correio da Manha mengaitkan mangsa dengan bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu sebagai pendandan rambut Cristiano Ronaldo.

Ferreira yang berasal dari pulau Madeira, sama seperti Cristiano, sebelum ini pernah menyiarkan gambarnya melakukan sentuhan akhir pada bintang bola sepak itu pada 2015 di media sosialnya.

Ferreira ditemui pada kira-kira pukul 2 petang pada hari Jumaat, ditemui di atas katil dengan banyak kesan tikaman pada badannya.

Bagaimanapun senjata pembunuhan tidak ditemui di tempat kejadian.

Polis Zurich dilaporkan sedang memburu dalang pembunuh. - Dailystar

Artikel Lain