suria

Mourinho dahului pilihan ganti pengurus Arsenal

Jose Mourinho. Foto Reuters

TERDAPAT kemungkinan Jose Mourinho bakal menggantikan Unai Emery sebagai pengurus Arsenal selepas dia memberitahu mahu menjadi pengurus pertama trofi utama di tiga kelab Inggeris.

Mourinho yang berusia 56 tahun, mencari peluang untuk kembali kepada pengurusan selepas dipecat oleh Manchester United pada Disember tahun lalu.

Beliau turut dikaitkan dengan pesaing Arsenal iaitu Tottenham.

Unai Emery yang baru dilantik sebagai pengurus Arsenal pada musim panas, di bawah tekanan berikutan beberapa keputusan dan prestasi yang lemah.

Namun, adakah Mourinho benar-benar mahu berkhidmat untuk Arsenal yang bakal menyaksikan peralihan budaya terbesar di kelab itu selama lebih 20 tahun?

Dilaporkan, antara faktor yang mempengaruhi Mourinho adalah bisnes perpindahan pemain dalam membina pasukan yang boleh menang dan tradisi Arsenal dalam memberi sokongan kepada bakat-bakat muda.

Namun, tarikan yang paling utama buat Mourinho adalah taktik dan mentaliti yang merupakan kepakaran beliau.

Untuk rekod, Mourinho pernah menjadi pengurus Chelsea, Real Madrid, Inter Milan selain Manchester United. - Mail Online


Jose Mourinho, Arsenal, Unai Emery

Artikel Lain