suria

Ronaldo hadiahkan but buat skuad wanita B-17 “Semoga impian tercapai, jangan teragak-agak kejarnya”

Ronaldo menghadiahkan but kepada skuad wanita B-17 Portugal selepas layak ke Euro 2020.

BINTANG bola sepak dunia menghadiahkan kasut bola kepada setiap pemain skuad wanita Bawah 17 tahun Portugal selepas menewaskan Latvia 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2020.

Pemain-pemain teruja menerima surat daripada pemain popular itu memegang but bersama mereka.

"Saya menghantar but Mercurial Dream Speed ini dengan harapan ia dapat membantu mencapai impian anda.

"Ketika saya kecil, saya adalah seorang yang 'simple' tetapi mempunyai impian gila. Ia bukan jenis mimpi ketika kamu tidur. Ini adalah mimpi yang anda mahu dan menyebabkan tersedar di tengah malam.

"Saya mahu menjadi pemain bola sepak terbaik dunia. Saya dedikasi hidup dalam mimpi ini - di gimnasium, di padang latihan, buat segalanya yang perlu untuk jadikan kenyataan.

Ronaldo bersama Portugal menjulang trofi Kejuaraan Euro 2016.

"Jadi mimpi sangat penting. Ia lebih daripada kerja keras untuk mencapainya.

"Saya sedar impian saya dan berharap anda  juga. Jangan teragak-agak untuk kejarnya. Jika saya dapat buat, anda juga boleh lakukan. Tahniah di atas kelayakan untuk ke pusingan elit. Kekal fokus dan tumpukan perhatian untuk kejayaan seterusnya.

"Selamat berjaya dan gembiralah dengan but ini.

"Cristiano Ronalo'".

Ronaldo menghadiahkan but kepada pasukan itu selepas mereka menang 4-0 ke atas Latvia, dengan jaringan hatrik Ines Oliveira.

Bintang Juventus itu pernah menjuarai trofi Euro 2016 bersama Portugal serta Liga Negara-Negara musim ini.-Dailymail.co.uk

Artikel Lain