Harimau Malaya mahu lupakan detik hitam dibelasah UAE 10-0 - Sukan | mStar

Harimau Malaya mahu lupakan detik hitam dibelasah UAE 10-0

Pemain-pemain negara menjalani latihan menjelang pertemuan dengan UAE Selasa ini.

BERHADAPAN pasukan dibimbing bekas jurulatih pasukan finalist Piala Dunia, selain kekalahan terbesar pasukan negara dan berkedudukan ranking keenam Asia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tan Cheng Hoe dan anak buahnya kini bersedia menghadapi tugas sukar.

Selepas mengatasi Indonesia 3-2, pada perlawanan pembukaan Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, di Jakarta pada Khamis, Harimau Malaya kini akan berhadapan kuasa besar bola sepak Asia, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada Selasa.

Ketika kelayakan Piala Dunia yang lepas, Malaysia alami mimpi terburuk, selepas pasukan yang dibimbing Dollah Salleh tewaskan 0-10 kepada UAE di Stadium Mohamed Zayed, Abu Dhabi, pada 3 Sept 2015, satu kekalahan terbesar dalam sejarah pasukan kebangsaan.

Dollah kemudiannya mengumumkan peletakan jawatannya, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, keesokkan harinya, sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan tersebut.

Tidak cukup dengan sejarah tersebut, pasukan berkedudukan ke-65 dunia itu kini dilatih jurulatih Belanda, Bert van Marwijk yang membawa Belanda ke final Piala Dunia 2010 (tewas 0-1 kepada Sepanyol, dalam masa tambahan) selain membantu Arab Saudi layak ke Piala Dunia Rusia 2018, walaupun beliau meninggalkan pasukan dan membimbing Australia ketika Piala Dunia berlangsung.

Selepas dilantik sebagai jurulatih UAE pada Mac, jurulatih berusia 67 tahun itu, telah membawa pasukan itu untuk latihan pusat 10 hari di Salzburg, Australia, pada Julai dan latihan pusat di Bahrain, yang menyaksikan pasukan itu menewaskan Republik Dominican 4-0, dan Sri Lanka 5-1.

Kali terakhir Harimau Malaya menewaskan UAE adalah pada Pestabola Merdeka 1982, 2-1, dan satu lagi kemenangan 2-0 pada Piala Asia 1980. Selain daripada itu pasukan kebangsaan tewas, dalam sembilan pertemuan lain dan seri sekali.

Bagaimanapun, Chen Hoe yang sedar dengan apa yang akan mereka hadapi, mengambil positif dengan pertemuan itu, dan merangka gerakan bertahan berbanding permainan menyerang.

“Rekod 2015 merupakan sesuatu yang agak sedih buat skuad kebangsaan, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kita kena bergerak kehadapan. Kebanyakan pemain berbeza, jurulatih berbeza, tak boleh fikir sangat mengenai rekod tersebut.

“Melihat kepada keputusan terkini mereka, ia menunjukkan kualiti dalam serangan mereka, jadi kita perlu berhati-hati, terutamanya dengan pemain seperti Omar Abdulrahman (pemain terbaik Asia 2016) dan Mahmoud Khamees, selain pengalaman van Marwijk, saya percaya pasukan itu amat bersemangat.

“Saya sering mengingatkan pemain saya, jika kita mahu berhadapan mereka, kita perlu pertingkatkan prestasi dan fokus lebih daripada 100 peratus. Mulakan permainan dengan yakin dan perlu pendekatan terperinci di hadapan pintu gol dan tidak mensesiakan sebarang peluang menjaringkan gol,” katanya kepada wartawan ketika sesi latihan petang Jumaat.

Cheng Hoe mengingatkan pemainnya untuk tidak membuang peluang di hadapan pintu gol lawan, kerana mereka mungkin tidak akan mendapat sebanyak peluang seperti ketika menentang Indonesia, selain mengambil maklum mereka telah memanggil lebih ramai pemain bawah-23 selepas Piala Asia 2019, yang menyaksikan mereka kalah 0-4 kepada musuh tradisi mereka Qatar, di separuh akhir.

Sementara itu, pemain pertahanan Matther Davies yang tidak diturunkan ketika kekalahan 2015, berjanji untuk memberikan saingan pada perlawanan Selasa dan berharap untuk mendapatkan sekurangnya satu mata.

“Saya masih ingat, ia perlawanan antarabangsa pertama saya, saya duduk di bangku simpanan dan hanya melihat perlawanan. Ia jelas satu kekecewaan kepada keseluruhan pasukan... tetapi, kini kami satu pasukan baharu, muka baharu dan saya rasa, ia memberikan banyak tenaga dan keyakinan kepada pasukan.

“Saya rasa kita perlu optimistik dan positif, jelas sekali ranking amat jauh, tetapi kami adalah satu pasukan yang bagus, kami perlu konfiden dengan keupayaan kami dan pastikan tugas terlaksana, berbanding bermain dalam ketakutan,” katanya.- Bernama

Harimau Malaya , Tan Cheng Hoe , UAE

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sufi selamat bergelar suami Nurulain