suria

Sanchez setuju syarat sertai Inter Milan

Alexis Sanchez.

KARIER Alexis Sanchez di Old Trafford nampaknya sudah sampai ke penghujungnya selepas dia mempersetujui syarat peribadi dengan Inter Milan.

Pemain berusia 30 tahun itu menyertai Manchester United pada 2018 dalam rundingan pertukaran membabitkan Henrikh Mkhitaryan.

United membayar gaji sekitar 400,000 pound sterling seminggu kepada bintang Chile itu tetapi dia hanya menjaringkan lima gol dalam aksi liga sepanjang tempoh 18 bulan memperkuat pasukan itu.

Ole Gunnar Solskjaer pada awal minggu ini memberi bayangan bahawa Sanchez masih berpeluang kekal bersama United selepas mendakwa masa depannya masih cerah di Old Trafford.

Namun Solskjaer tetap berminat untuk mengurangkan gaji Sanchez.

Dan Gianluca Di Marzio mendakwa Sanchez bersetuju menyertai Inter Milan dalam masa 24 jam dan berharap perpindahan itu dimuktamadkan tempoh beberapa hari lagi.

Ejen Sanchez dilaporkan berada di United Kingdom untuk menyampaikan tawaran daripada Inter kepada United yang dipercayai kontrak pinjaman dengan pilihan untuk membeli pemain itu selepas 12 bulan.

Namun masih belum jelas sama ada United akan menerima tawaran itu. - Metro.co.uk

Alexis Sanchez, Inter Milan

Artikel Lain