suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spurs minat bawa Bale kembali ke Liga Inggeris jika gaji dikurangkan

Bale masih mempunyai baki kontrak tiga tahun bersama Real Madrid.

GARETH Bale jelas tidak ada dalam bayangan senarai utama skuad Zinedine Zidane.

Kelab Real Madrid dilaporkan tidak berminat untuk menggunakan khidmat Bale dalam skuad utama dan menurut laporan Marca, Tottenham bersedia untuk membayar 50-60 juta euro untuk pemain itu.

Bagaimana pun terdapat halangan besar buat Spurs untuk membawa balik pemain antarabangsa Welsh itu ke Liga Perdana.

Tottenham telah memberitahu wakil Bale bahawa mereka hanya mampu membayar separuh daripada gajinya tahunannya 17 juta paun.

Dengan baki kontrak tiga tahun di Real Madrid dan pintu jendela perpindahan pemain akan tutup pada 8 Ogos ini, Los Blancos dilihat serius untuk mengurangkan nilai gaji Bale.

Sebelum ini wakil pemain itu memberitahu Bale,30, gembira berada di Real Madrid dan menjadi sebahagian perancangan Zidane.

Musim lalu, Bale menyumbang 20 gol dalam 42 perlawanan kompetetif untuk Real Madrid. - Onefootball

Gareth Bale, Zinedine Zidane

Artikel Lain