suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Bau busuk!" Dedah Iwobi punca tutup hidung terhadap pemain Rennes

Tindakan Iwobi menutup hidup mengundang kritikan terhadapnya.

PEMAIN Arsenal Alex Iwobi tampil memberi penjelasan mengenai tindakannya menutup hidung ketika aksi Liga Europa Khamis lalu.

Arsenal menang 3-0 ke atas Rennes dan mara ke suku akhir, namun Iwobi menjadi perhatian dengan kritikan di atas kelakuannya  itu.

Jelas Iwobi, punca dia menutup hidung ketika bertembung dengan pertahanan lawan Hamari Traore kerana tidak selesa dengan bau nafas pemain itu.

Perbualan Iwobi bersama peminatnya di Snapchat.

Pemain antarabangsa Nigeria itu tampil memberi memberi penjelasan, namun enggan meminta maaf kepada Traore.

"Dia berbau busuk, menyumpah saya dan ibu," tulis Iwobi menjawab persoalan penyokong yang menyuruhnya membuat permohonan maaf menerusi aplikasi Snapchat.

"Dia juga menunjukkan jari tengah ke arah saya. Mereka tidak nampak atau berkata apa-apa mengenainya tetapi cepat sahaja berkata sesuatu kepada saya, 'sorry bro', I ain't .." - Onefootball

Busuk, tutup hidung, Iwobi

Artikel Lain