PSG denda Mbappe, Abbot RM835,000 seorang kerana langgar peraturan

Foto Reuters

KYLIAN MBAPPE dan Adrien Rabiot masing-masing didenda sebanyak €180,000 (RM835,000) oleh Paris Saint-Germain (PSG) sebelum menyertai perlawanan penting Ligue 1 menentang Marseille.

Selepas tiba lewat pada pertemuan pasukan pada bulan Oktober lalu, pemain-pemain itu dikatakan telah melanggar peraturan kelab tersebut.

Menurut laporan portal AS, Mbappe menandatangani dokumen untuk mengakui kesilapannya dan menerima denda yang diberikan.

Wang tersebut akan diserahkan terus ke Yayasan PSG.

Sementara itu, Real Madrid akan memberi tumpuan terhadap sebarang masalah melibatkan isu yang belum selesai membabitkan pemain berusia 20 tahun itu di Parc des Princes.

Menurut laporan, bos baru Zinedine Zidane mahu menjadikan pemenang Piala Dunia tersebut sebagai Galactico pertamanya pada musim panas ini, dengan bayaran perpindahan sebanyak €350 juta (RM1.6 bilion). - Talk Sport

Kylian Mbappe, Adrien Rabiot

Artikel Lain