suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beli rumah di Manchester, Bale bakal sertai United?

Foto Reuters

GARETH BALE dilaporkan telah membeli sebuah rumah di Manchester, United Kingdom dan bersetuju dengan terma peribadi yang ditetapkan oleh Manchester United menjelang potensi perpindahan yang akan berlaku pada musim panas ini.

Portal Don Balon mendakwa Bale telah bersetuju dengan United dan mahu Real Madrid menerima tawaran bernilai €80 juta (RM371 juta) daripada kelab tersebut.

Tetapi laporan itu mengatakan bahawa Real tidak akan melayan tawaran di bawah €120 juta (RM557 juta).

Sementara itu, Bale pula dikatakan mengancam untuk tidak meneruskan kontraknya jika perpindahan itu tidak dibenarkan.

Bale, 29, mengalami musim yang sukar di Madrid.

Pemain itu dipersoal oleh media Sepanyol kerana dia dilihat tidak dapat menggantikan sumbangan besar Cristiano Ronaldo di Bernabeu.

Pemain Wales itu telah dikaitkan dengan United sebelum ini, tetapi perpindahan tersebut terlalu mahal untuk bekas pemain Tottenham itu.

Lebih-lebih lagi kelab tersebut enggan membelanjakan pelaburan yang tinggi ke atas Ivan Perisic pada musim panas lalu.

Sementara itu, United dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menghantar Tahith Chong dalam pinjaman bagi sepanjang musim akan datang. - Manchester Evening News

Gareth Bale

Artikel Lain