suria

Griezmann dedah impian mahu menangi Ballon d'Or

Griezmann mengakui dia mempunyai banyak impian yang menjadi motivasi hariannya.

BINTANG Atletico Madrid, Antoine Griezmann mengakui dia memasang impian untuk merangkul anugerah Ballon d'Or.

Griezmann, 27, merupakan salah seorang pemain yang disebut-sebut bakal membawa pulang anugerah itu dalam edisi penganjuran 2018.

Pada 2016, dia berada di kedudukan ketiga di belakang Ronaldo dan Messi dalam misi merebut trofi itu.

"Saya tak takut untuk mengakuinya. Memang menjadi impian untuk menang Ballon d'Or dan Liga Juara. Saya juga mahu menang piala dunia.

"Saya pasang impian untuk banyak benda. Malah, saya juga nak ada tiga orang anak. Impian-impian inilah yang memberi motivasi untuk kerja keras setiap hari," katanya.

Setakat ini, Griezmann sudah mencatat 29 gol untuk Atletico menerusi kempen 2018-2019.

Malah, dia juga percaya penganugerahan Ballon d'Or akan menjadi penghargaan terbesar dalam kerjayanya.

"Secara peribadinya, ia akan menjadi pencapaian tertinggi.

"Ianya anugerah yang bersejarah dan paling berprestij.

"Pasti bagus kalau menang sebab pengorbanan saya jauh dari keluarga selama ini," katanya lagi. -Goal.com.

 

Artikel Lain