suria

“Kami semua mati keletihan selepas lawan United, kecuali Ronaldo” - Matuidi

PEMAIN tengah Juventus, Blaise Matuidi memberitahu bagaimana Cristiano Ronaldo menjadi contoh kepada rakan sepasukannya.

Pemain Perancis itu bercakap tentang pengaruh Ronaldo yang semakin meningkat selepas bintang Portugal itu menjadi sumber inspirasi kepada pasukannya untuk menang 1-0 ke atas Manchester United dalam Liga Juara-Juara.

Ronaldo melakukan hantaran kepada Paulo Dybala yang sebelum ini hangat dikaitkan akan menyertai United, untuk meledak gol kemenangan 1-0 Juventus ke atas lawan tersebut pada aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford pertengahan minggu lalu.

Pemenang Piala Dunia, Matuidi berkata, terdapat perbezaan yang ketara antara pemain berusia 33 tahun tersebut dan rakan sepasukannya di Juventus dalam beberapa jam setelah meraih kemenangan.

Bercakap kepada RMC, Matuidi berkata: "Kami semua telah mati keletihan selepas perlawanan menentang Manchester United dan sehari selepas itu, kecuali Cristiano.

"Dia bekerja seperti gila sejak tiba di sini. Dia berusaha keras lebih daripada orang lain dan memberitahu saya bahawa dia 'harus' berkelakuan seperti itu.

"Itulah sebabnya pada usia 33 tahun, dia menjadi contoh kepada kita semua dan memberi kita rangsangan tambahan.

Ronaldo menyertai Juventus daripada Real Madrid pada harga £100 juta (RM539 juta) pada musim panas.

Sementara itu, Juventus berada di tangga teratas Serie A selepas 10 perlawanan, enam mata di depan Inter Milan. - Mirror UK

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain