suria

“Lebih hebat daripada Salah”

RAMAI peminat Everton memberikan pendapat mereka terhadap keputusan seri di Wolves dan mereka tidak percaya betapa bagusnya Richarlison.

Walaupun pemain itu lambat memanaskan permainan, Richarlison tidak syak lagi menjadi pemain terbaik pada petang Ahad dalam perlawanan di Molineux.

Pemain kelahiran Brazil itu menjadi buah mulut peminat di media sosial disebabkan oleh yuran perpindahannya yang mungkin meningkat kepada £50 juta (RM260 juta).

Memetik laporan Football Fan Cast, dia berjaya membuktikan kemampuannya walaupun Everton kurang menyerlah ketika berdepan dengan Wolves.

Pasukan tuan rumah merebut peluang selepas masa rehat apabila Phil Jagielka diberikan kad merah, tetapi Richarlison tampil dengan penyudah yang cantik.

Dia menggelecek bola di depan pemain pertahanan dan membawanya jauh daripada Rui Patricio.

Ia merupakan gol keduanya bagi perlawanan itu selepas dia menjaringkan gol pembukaan pada separuh masa pertama.

Penyokong mula menghadiahkan pujian kepada pemain yang dibeli pada harga tinggi itu.

Antara reaksi yang diberikan oleh penyokong adalah: "Richarlison lebih hebat daripada Neymar," tulis @ramon_lima7.

Manakala Kevin Soderbergh pula berkata: "Lebih hebat daripada Salah."

Sementara Justin Day beranggapan pengambilan Richarlison berbaloi buat pasukan itu.

"Berbaloi setiap sen!"

Richarlison, Everton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain