suria

Mourinho akur dalam marah

JOSE Mourinho terus bengang apabila Manchester United gagal membawa pemain baharu sebelum jendela perpindahanh ditutup pada Khamis.

United dilpaorkan telah menawarkan 18 juta pound kepada pemain Atletico Madrid, Diego Godin, namun bintang Uruguay itu bersetuju untuk kontrak baharu di Sepanyol.

Sebelum ini, Mourinho telah memberi amaran kepada United bahawa skuad mereka bakal berdepan dengan kesukaran musim baharu ini jika tidak membawa masuk sekurang-kurangnya seorang lagi pemain.

Kelab telah berbelanja 75 juta pound untuk membawa  masuk Fred, Diogo Dalot dan Lee Grant musim baharu ini.

Bagaimana pun pengurus itu tetap kelihatan tenang  ketika berdepan dengan media menjelang perlawanan pembukaan aksi Liga Perdana bertemu Leicester awal pagi Sabtu.

"Saya tahu perkataan yang anda ingin dengar dari saya. Ia terpulang kepada 'muzik', tetapi perkataan tidak mudah dikatakan.

"Hingga penghujung November dan Disember, anda tidak perlu berkata lagi. Anda akan lihat pasukan mana yang layak untuk menang Liga Perdana.

"Saat itu perkataan tidak lagi penting. Jadi, kita lihat hujung November atau Disember nanti," kata Mourinho.

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

No. 7 kini milik Coutinho

Artikel Lain