suria

Ferdinand risau jika Mourinho terus merajuk

TIMBUL kebimbangan dalam diri Rio Ferdinand dengan situasi semasa di Manchester United.

Jelas Ferdinand, dia berasa risau apabila pengurus Jose Mourinho merajuk dengan aktitivi pembelian pemain baharu musim ini.

Bekas pemain pertahanan itu memberitahu, perasaan itu (merajuk) boleh menyebabkan skuad tidak stabil untuk musim baharu nanti.

"Terlalu banyak cerita negatif yang timbul di Manchester United ketika ini.

"Apabila kamu sebahagian daripada pasukan dan mendengar banyak cerita negatif dan tiada pun yang positif yang mengurus kelab ini - berada di luar tidak memberi kebaikan," jelas Ferdinand.

Ferdinand merupakan bekas pemain United  dari musim 2002 hingga 2014 dengan menjulang enam trofi liga perdana serta Liga Juara-Juara 2008.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Mourinho agak bengang kerana tidak aktiviti perpindahan pemain baharu kelab biarpun sudah memberi beberapa nama kepada pihak atasan.

Tirai musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal dibuka 11 Ogos ini dengan menyaksikan United berdepan dengan Leicester City untuk aksi pertama.

Rio Ferdinand, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain