suria

Kepa tunggu lampu hijau sertai Chelsea

KEPA Arrizabalaga akan berlepas ke London sebaik Chelsea menyelesaikan klausa pelepasannya bernilai 71 juta pound sterling.

Penjaga gol Athletic Bilbao itu dijangka menggantikan Thibaut Courtois yang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Rekod perpindahan Kepa itu akan memecah rekod bidaan Alisson oleh Liverpool beberapa minggu lalu.

AS mendakwa Kepa terbang dari Madrid ke Bilbao pada Selasa dan mengadakan rundingan dengan ejennya untuk meneliti tawaran kontrak Chelsea.

Kepa dipercayai akan menandatangani kontrak untuk tempoh jangka masa panjang.

Wakil Kepa akan pergi ke ibu pejabat Bilbao pada Rabu untuk membayar klausa pelepasannya.

Pemain Sepanyol itu kemudian akan berlepas ke London kerana Maurizio Sarri mahu Kepa datang ke Cobham secepat mungkin.

Sarri percaya Kepa boleh diturunkan ketika aksi menentang Huddersfield pada Sabtu dan ketibaannya akan menguatkan lagi perpindahan Courtois.

Courtois berharap dapat menyertai Real secara rasmi pada Rabu selepas tidak kembali berlatih bersama Chelsea.

Penjaga gol Belgium itu memutuskan untuk angkat kaki dari Chelsea dan bersedia didenda kelab itu.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai Courtois, saya tidak tahu apa-apa mengenai Kepa, sudah tentu.

"Saya melihatnya setahun yang lalu. Tanggapan pertama saya adalah dia penjaga gol yang bagus, muda, amat-amat bagus," kata Sarri.

Kepa Arrizabalaga, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain