suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United intai Yerry Mina

Yerry Mina. Foto AFP

MANCHESTER United sedang meneliti kemungkinan untuk membuat tawaran kepada pemain tengah Barcelona, Yerry Mina.

Pemain antarabangsa Colombia berusia 23 tahun itu telah mengubah senarai pilihan United ketika pemain Leicester, Harry Maguire dan Toby Alderweireld dari Tottenham dianggap terlalu mahal.

Barcelona mahu kira-kira £30 juta untuk Mina dan mempunyai minat dari Everton walaupun pemain itu enggan pergi ke Goodison beberapa bulan selepas menyertai Barcelona.

Jika Mina perlu meninggalkan kelab itu, dia mahu menyertai sebuah kelab di Liga Juara-Juara.

Lyon turut menyuarakan minatnya terhadap Mina tetapi dikhuatiri pemain itu memberi tumpuan kepada tawaran Manchester United.

Pengurus kelab, Jose Mourinho mahu pemain tengah unggul, sementara laporan awal mengenai Mina bagi skuad kebangsaannya di Palmeiras begitu cemerlang, namun tidak menentu di Barcelona pada musim lalu. - Mail Online UK

Yerry Mina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain