suria

Mourinho Bidas De Boer, Pengurus Paling Teruk Liga Perdana

Mourinho bersama Rashford (kanan).

JOSE Mourinho membalas balik kritikan Frank de Boer berkaitan menguruskan pemainnya.

Sebelum ini De Boer mengkritik Mourinho yang melayan Marcus Rashford dalam skuad Manchester United.

Jelas De Boer, amat kesian kepada Rashford yang terpaksa bermain di bawah bos United yang mencapai kejayaan jangka masa pendek berdasarkan tempoh pembangunan pemain.

"Saya membaca sesuatu yang dikatakan oleh pengurus paling teruk dalam sejarah Liga Perdana," jelas Mourinho.


"Frank de Boer - tujuh perlawanan, tujuh tewas, tanpa gol dan dia berkata tidak bagus untuk Marcus Rashford mempunyai jurulatih seperti saya kerana bagi saya paling penting ialah kemenangan.

"Jika di dilatih oleh Frank, dia mungkin boleh belajar bagaimana untuk tewas setiap perlawanan."

Ketika menguruskan Crystal Palace, De Boer gagal mencatat sebarang kemenangan atau jaringan gol.

Jose Mourinho, Frank de Boer

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain