suria

Pemain Man United Michael Carrick Sahkan Bersara Tapi...

Michael Carrick. Foto Reuters

MICHAEL Carrick mengesahkan beliau akan bersara sebagai pemain bola sepak pada musim panas ini.

Bagaimanapun, beliau bersedia untuk mengambil peranan jurulatih di Manchester United.

Pemain tengah berusia 36 tahun itu hanya membuat empat penampilan setakat musim ini dan menjalani pembedahan kecil berkaitan jantung pada Oktober lalu.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata, Carrick dijemput untuk menyertai pasukan bimbingannya pada akhir musim ini dan bekas pemain tengah England itu mengesahkan pada Isnin untuk menamatkan kerjaya bermain selama 19 tahun dengan West Ham, Tottenham dan United.

"Ada masa, sama ada anda suka atau tidak suka, bahawa tubuh anda memberitahu anda sudah tiba masanya untuk berhenti bermain bola sepak," katanya.

"Itu cukup banyak di mana saya berada. Ia sesuatu yang anda mesti terima," katanya.

Ditanya sama ada akan menyertai barisan jurulatih, Carrick berkata: "Ia telah diselesaikan, tetapi kami masih bercakap mengenainya sehingga tidak ada apa-apa untuk mengesahkan sepenuhnya. Ia berkemungkinan." - Mail Online UK

Michael Carrick

Artikel Berikut

Southampton Pecat Pengurus

Artikel Lain