suria

VAR Akan 'Bunuh' Emosi Bola Sepak - Pochettino

TOTTENHAM Hotspur mara ke saingan suku akhir Piala FA Inggeris apabila menang besar 6-1 ke atas Rochdale dalam aksi awal pagi Khamis.

Jaringan skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu hadir menerusi Son (m-23,65'), Florente (47',54',59') dan Walker-Peters minit ke-90.

Manakala gol satu hati pihak lawan dijaringkan oleh Humphry minit ke-31.

Pun begitu Pochettino tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang menggunakan video bantuan pengadil (VAR) yang menimbulkan keraguan.

"Bola sepak adalah sebuah emosi. Pertandingan melibatkan emosi dan jika kita membubuh emosi itu, peminat, penyokong atau orang yang sayangkan bola sepak tidak akan gembira," ujarnya ketika aksi di Stadium Wembley itu.

"Separuh masa pertama sangat memalukan. Semua orang keliru dan kita perlu hormatkan penyokong. Emosi ialah apabila anda membayar untuk dapatkan tiket.

"Inilah sebabnya anda datang tengok perlawanan tetapi situasinya sangat teruk.

"Dan selepas ini mereka pastinya akan hanya mahu melihat perlawanan di rumah dengan menonton siaran televisyen."

Pengadil Paul Tierney mengambil tempoh 90 saat untuk membuat keputusan menerusi VAR yang menyebabkan penyokong menjerit tidak puas hati kepadanya. 

Spurs, Piala FA Inggeris

Artikel Lain