suria

Sukan Olimpik Musim Sejuk: Atlet Rusia Dilarang Kibar Bendera

Foto: Getty Image

SEMUA atlet Rusia tidak dibenarkan mengibar bendera negaranya pada majlis penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk yang berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan.

Keputusan itu dicapai selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menjalankan undian secara tertutup untuk menghalang kontinjen Rusia daripada berbuat demikian setelah dua atlet mereka didapati positif penggunaan bahan terlarang.

"Ia sangat mengecewakan dan selepas pertimbangan IOC daripada menjatuhkan hukuman penggantungan untuk majlis penutup," jelas IOC dalam satu kenyataan.

Seramai 168 atlet Rusia dibenarkan bertanding dalam temasya ini bakal menyertai majlis penutup tanpa kibaran bendera Rusia.

Pingat gangsa yang dimenangi Alexander Krushelnetzky ditarik balik selepas diuji positid meldonium, bahan yang sama digunakan oleh pemain tenis, Maria Sharapova sebelum ini.- metro.uk

Sukan Olimpik Musim Sejuk, Rusia

Artikel Sebelum

Morais Terpaksa Tinggalkan JDT

Artikel Berikut

Artikel Lain