suria

Jurulatih Baharu Kelantan Dijangka Tiba Pada Sabtu

Bibi Ramjani Ilias Khan

KOTA BHARU: Jurulatih skuad kebangsaan Syria, Fajr Ibrahim dijangka tiba pada Sabtu bagi menyaksikan perlawanan Liga Super di antara Kelantan dan Perak di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan.

Bibi Ramjani berkata kehadiran Fajr juga  bagi melakukan rundingan dengan Kafa berhubung pengisian  kekosongan tempat ketua jurulatih The Red Warriors selepas Sathit Bensoh dipecat baru-baru ini.

"Fajr merupakan antara empat jurulatih yang sedang diintai oleh Kafa bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sathit ketika ini dan tiga calon jurulatih lain ialah  dari Croatia, Iran dan Nigeria.

"Fajr dipilih menjadi antara calon mengemudi Kelantan kerana ketegasan beliau dalam membimbing Syria sebelum ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kafa sebelum ini mengambil tindakan drastik menggugurkan Sathit sebagai pengendali utama Kelantan berikutan kegagalan beliau mencipta kemenangan dalam tiga perlawanan membabitkan pasukan itu dalam saingan Liga Super pada awal musim ini.

Kelantan ketika ini dikendalikan pemangku Ketua Jurulatih Yusri Che Lah.

Bibi Ramjani berkata Kafa memberi peluang kepada Fajr untuk mengikuti perlawanan di antara Kelantan dengan Perak pada malam ini dan pihaknya akan mendengar perancangannya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kami perlu melakukan penelitian secara mendalam sebelum mengambil sebarang keputusan untuk menandatangani mana-mana jurulatih yang difikirkan sesuai bagi mengelak situasi sama berulang," katanya.

Kafa, jurulatih Baharu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain