suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya Akan Berpindah Apabila..." - Hazard

EDEN Hazard mendedahkan dia mungkin akan meninggalkan Stamford Bridge.

Hazard memberitahu, kemungkinan untuk berpindah pada musim depan walaupun tidak dinafikan dia gembira bersama Chelsea.

Dilaporkan Paris Saint Germain bersedia membuat tawaran lumayan bagi mendapatkan pemain antarabangsa Belgium ini.

Bukan itu sahaja, kelab gergasi Sepanyol Real Madrid juga berminat mendapat pemain berusia 27 tahun itu.

"Saya masih mempunyai baki kontrak dua tahun. Saya gembira berada di sini. Penyokong sayang saya, keluarga juga selesa di sini. Kita akan lihat nanti.

"Dalam bola sepak semuanya boleh berlaku. Tetapi dalam bola sepak ada juga yang tidak berlaku.

"Setiap tahun mereka bercakap mengenai Real atau PSG.

"Dan apabila saya ingin tukar kelab, saya akan buat. Tetapi untuk masa ini, saya gembira di mana saya berada," ujarnya kepada Telefoot.

Eden Hazard, Chelsea

Artikel Lain