suria

Giroud Dedah Perbezaan Ketara Conte Dan Wenger

Olivier Giroud (kiri) dan Antonio Conte. -fotoREUTERS

OLIVIER Giroud sempat mendedahkan perbezaan utama antara Arsene Wenger dan Antonio Conte menjelang perlawanan Piala FA antara Chelsea dengan Hull City.

Penyerang berusia 31 tahun itu menjaringkan 105 gol selama enam tahun di Arsenal, di bawah kendalian Wenger tetapi melengkapkan perpindahan £18 juta ke Stamford Bridge pada jendela perpindahan Januari.

Giroud gagal menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 ke atas West Brom, tetapi menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea dalam babak pertama menentang Hull awal pagi Sabtu.

Giroud yang turut menyaksikan kekalahan 3-0 Chelsea di kandang sendiri ke atas Bournemouth dari tempat duduknya dalam perlawanan sebelum ini rupa-rupanya sempat memerhatikan gelagat Conte di tempat duduknya dan ia menarik perhatiannya.

Ditanya mengenai perbezaan antara Wenger dan Conte di tepi padang, Giroud memberitahu BT Sport: "Ya, dari perlawanan pertama ketika saya berada di belakang bangku, saya menonton perlawanan dengan sepenuh perhatian.

"Tetapi jurulatih hanya duduk beberapa meter dari saya, ia begitu istimewa. Anda dapat rasakan bahawa di kepalanya dia masih seorang pemain.

"Anda boleh kata dia mahu bantu kami di padang dan dia tak boleh duduk sahaja di bangku.

"Penyerang memerlukan hubungan kemanusiaan dengan jurulatih, senang bila mendapat keyakinannya dan anda ingin beri tindak balas."

Giroud menegaskan bahawa dia menyertai Blues pada Januari untuk meraih gelaran.

"Saya ke sini untuk memenangi trofi dan membantu pasukan mencapai sasaran kami," katanya.

"Saya sangat kenal pasukan ini dari pasukan kebangsaan. Rakan saya beritahu ia sesuai dengan saya."

Pemain Perancis itu bermain 61 minit dalam kemenangan Chelsea ke atas West Brom dan percaya prestasi itu adalah tindak balas sempurna selepas dua persembahan mengecewakan.

"Itulah yang diperlukan pasukan selepas dua keputusan mengecewakan," kata Giroud.

"Ia boleh berlaku tetapi perkara yang paling penting adalah untuk bangkit semula. Kita mesti terus buat kerja masing-masing kemudian berfikir tentang permainan seterusnya."

Olivier Giroud, Antonio Conte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain