suria

Ronaldo Hadiahkah Dua Gol Buat Real Madrid

Ronaldo meraikan jaringan gol kedua olehnya. - Reuters

CHRISTIANO Ronaldo menjaringkan dua gol bergaya buat Real Madrid sekaligus menyempurnakan kemenangan leg pertama 3-1 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara.

Juara Eropah itu mengikut rapat jaringan Adrien Rabiot pada minit ke 33 dan Ronaldo berjaya menghadiahkan jaringan penyamaan pada minit ke 45 sebelum berjaya menyumbat gol sekali lagi pada minit ke 83.

Sementara itu, Marcelo menyudahkan permainan pada minit ke 86 sekaligus memberikan pasukan tuan rumah kelebihan dua gol yang agak mustahil untuk diatasi dalam perlawanan yang berlangsung di Bernabeu itu.

Perlawanan timbal leg akan berlangsung pada 6 Mac di Paris yang mana pasukan dari Perancis itu memerlukan kemenangan 2-0 untuk maju ke lapan terakhir.

Selepas mempamerkan aksi pembukaan yang meragukan, PSG mencari rentak perlawanan melalui jaringan Rabiot.

Hantaran cantik oleh Kylian Mbappe dipatahkan pula oleh Nacho, tetapi Rabiot tiba untuk mengecewakan pasukan tuan rumah.

Neymar mempunyai peluang yang baik dengan tendangan akhir pada masa genting perlawanan, tapi jaringannya tidak menjadi. - Eurosport

Christiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Lain