suria

Tulang Tengkorak Retak, Mason Terpaksa Gantung But Awal

RYAN Mason terpaksa melupakan kariernya pada umur 26 tahun.

Pemain tengah Tottenham Hotspur itu dinasihatkan oleh doktor supaya berhenti bermain bola sepak selepas mengalami keretakan dan pembedahan di bahagian kepala.

Mason berdepan dengan insiden itu ketika bertembung dengan pemain Chelsea, Gary Cahill pada 22 Januari 2017.


"Ia berita yang menyedihkan tetapi pintu sentiasa terbuka untuknya sekeluarga.

"Beberapa hari ini Ryan menjalani latihan. Kami ada berbincang dengannya bersama John McDermott (ketua akademi).

"Dia akan berjaya dalam apa sahaja yang diceburi. Malah dia juga sentiasa menjadi pemain istimewa buat saya.

Cahill bertembung dengan Mason (kanan) pada aksi Januari tahun lalu.

"Kelab amat menyayanginya, Rachel, George dan semua keluarganya. Jangan risau Ryan, anda akan berjaya berada di luar kelab ini," ujar pengurus Mauricio Pochettino.

Mason memulakan kariernya bersama Spurs di White Hart Lane selama 17 tahun.

Ryan Mason, Spurs

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain