suria

PSG Lepaskan Neymar Ke Real Dengan Satu Syarat

Neymar. -fotoAP

PARIS Saint-Germain (PSG) akan membiarkan Neymar mengejar impiannya ke Real Madrid pada musim panas, tetapi dengan satu syarat yang perlu dipenuhi.

Menurut Goal.com, bintang dari Brazil itu telah diberitahu oleh Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi bahawa dia boleh berpindah ke kelab lain jika berjaya membawa pulang piala Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini.

PSG akan berdepan Real dalam perlawanan kelompok 16 terakhir pada bulan depan, dengan perlawanan pertama akan berlangsung pada 14 Februari.

Bekas pemain Barcelona itu dilanda spekulasi perpindahan ke Real sebaik sahaja melengkapkan perpindahan £199 juta ke ibu kota Perancis musim panas lalu.

Ramai yang mendakwa Neymar hanya menyertai pasukan Ligue 1 kerana dia tidak boleh berhijrah secara langsung di antara dua kelab yang bersaing sengit, Barca dan Real di Sepanyol.

Satu laporan harian dalam bahasa Perancis L'Equipe pada Khamis mendakwa Neymar 'sangat tidak gembira' di ibu negara Perancis kerana dia mendapati persaingan liga yang terlalu lemah.

Mereka juga menyatakan bahawa dia sanggup bergaji rendah dari apa yang diperolehi sekarang dalam usaha berpindah ke Real.

Neymar telah menjaringkan 24 gol dalam hanya 23 perlawanan dengan PSG setakat ini, lebih empat gol ketika dia berada di Barcelona sepanjang musim lalu.

PSG kini memimpin Ligue 1 dengan 56 mata, dengan Lyon di tempat kedua dengan 48 mata.

Neymar, Real Madrid

Artikel Sebelum

Cabaran Malaysia Berakhir

Artikel Berikut

Artikel Lain