suria

Zidane Tetap Tenang

PENGENDALI Real Madrid belum bersedia untuk mengundur diri.

Zinedine Zidane masih tenang biarpun skuadnya hanya menjaringkan satu gol dalam dua perlawanan, malah gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan La Liga.

Bagaimana pun Zidane belum tertekan dan menegaskan tiga pemainnya Cristiano Ronaldo, Gareth bale dan Karim Benzema akan terus berada dalam senarai pemainnya.

Sejak merangkul trofi kelima Kelab Piala Dunia Fifa Disember lalu, prestasi Real Madrid dilihat tidak konsisten.

Bekas bintang Perancis itu berkata, dia hanya memikirkan perkara yang positif sahaja.

"Kami akan mencari perkara positif. Saya tidak akan terus 'membuang' tuala.

"Saya akan terus berjuang seperti yang selalu ditunjukkan dan tidak akan berhenti," jelasnya.

Skuadnya bakal melayan Deportivo La Coruna di Barnabeu dalam aksi La Liga pada Ahad.

Real Madrid kini berada di kedudukan kelima liga, 19 mata ketinggalan daripada pendahulu, Barcelona.

Zinedine Zidane, Real Madrid

Artikel Sebelum

Aksi McCarthy Tamat Awal

Artikel Berikut

Artikel Lain