suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Austin Sepak Hidung Lossl Sampai Patah?

PEMAIN penyerang Southampton, Charlie Austin dituduh mengasari penjaga gol Huddersfield, Jonas Lossl selepas menyepaknya di bahagian muka.

Penjaga gol kelahiran Denmark itu berdarah di muka dan mungkin patah hidung pada kejadian yang berlaku sewaktu perlawanan berlangsung di Stadium St Mary pada Sabtu.

Austin berjaya melepaskan diri daripada hukuman semasa insiden itu berlaku, namun mungkin berdepan perintah disekat daripada Persatuan Bola Sepak.

Pemain berusia 28 tahun itu hanya mempunyai masa sehingga pukul 5 petang Ahad untuk memberikan reaksi terhadap tuduhan itu.

"Selepas menyaksikan video insiden itu, ia tidak sepatutnya berlaku... seorang pemain mengasari pemain lain dengan sengaja," kata Pengurus Huddersfield, David Wagner. - Daily Mail

Charlie Austin, Jonas Lossl

Artikel Sebelum

Messi Jumpa Santa

Artikel Berikut

Artikel Lain