suria

Conte Ajak Semua Halang City

PEMAIN bintang Southampton dijangka akan berpindah pada Januari ini.

Pemian pertahanan Belanda Virgil van Dijk dikaitkan bakal membuka buku baharu bersama Liverpool.

Malah Van Dijk juga turut dikaitankan dengan beberapa kelab gergsasi Liga Perdana Inggeris apabila pintu perpindahan pemain dibuka Januari ini.

Sabtu lalu, namanya diketepikan ketika bertemu Chelsea dan pengurus Southampton, Mauricio Pellegrino mengakui Van Dirk mungkin akan berpindah.

Sementara itu, pengurus Chelsea Antonio Conte mendesak kelab-kelab Liga Perdana berjuang untuk bersaing dengan Manchester City daripada mengikat Van Dijk.

"Setiap pasukan, kelab perlu menumpukan perhatian kepada situasi ini.

"Kerana jika kelab seperti Manchester City mengambil semua pemain terbaik, ia akan menjadi sukar kepada kita untuk bersaing.

Bukan sahaja di England malah di Eropah," ujarnya.

Bagaimana pun Southampton meminta 70 juta pound bagi bukti larangan berpindah walaupun mendapat permintaan kukuh daripada Liverpool, Chelsea dan City.

Virgil van Dirk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain