suria

Durian Runtuh Untuk Guardiola

MANCHESTER City akan mengadakan rundingan dengan Pengurus Pep Guardiola pada hujung musim mengenai tawaran untuk melanjutkan kontraknya selama tiga tahun, lapor media Britain.

Menurut laporan media tersebut, usaha untuk memujuk pengendali berusia 46 tahun itu memperbaharui kontraknya akan menjadi agenda utama City.

Rundingan itu akan diadakan Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ferran Sorriano.

Sementara itu, sumber Sky Sports mendedahkan City yakin segalanya akan berjalan dengan lancar dan Guardiola akan kekal lebih lama di Stadium Etihad.

City kini kekal di tangga teratas liga dengan 11 mata selepas mencatat kemenangan ke-16 mereka selepas mengatasi Tottenham Hotspur 4-1 pada Sabtu lalu.

Guardiola gagal membawa menghadiahkan sebarang trofi pada musim pertamanya sebagai jurulatih musim lalu.

Namun di atas kertas, City dilihat berpotensi besar untuk memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Mereka juga akan berkunjung ke Leicester City pada aksi suku akhir Piala Liga, Selasa ini sebelum pertemuan dengan FC Basel dalam kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara, 16 Februari depan.

Pep Guardiola, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Skuad Muda Pengubat Duka

Artikel Lain