suria

Welbeck, Ramsey Tunggu Sanchez, Ozil Beri Kata Putus

DUA bintang Arsenal, Danny Welbeck dan Aaron Ramsey mengambil pendekatan untuk tidak terburu-buru memperbaharui kontrak mereka dengan The Gunners.

Sebaliknya, mereka akan menunggu sehingga Mesut Ozil dan Alexis Sanchez memberi kata putus mengenai masa depan mereka di Emirates sebelum menyatakan komitmen terhadap pasukan itu.

Arsene Wenger kini sedang berusaha keras memujuk Ozil dan Sanchez untuk kekal di Emirates memandangkan kontrak mereka kini berbaki enam bulan sahaja lagi.

Welbeck menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Arsenal pada 2014 dan Wenger mahu melanjutkan kontraknya.

Walaupun Welbeck menyatakan kesediaannya untuk kekal, dia enggan menandatangani kontrak baharu sehingga melihat pemain lain melakukan perkara sama, lapor The Times.

Ramsey pula dipercayai mengikut jejak langkah Welbeck.

Malah timbul pula khabar angin bahawa dia juga sukar dipujuk untuk terus komited bersama Arsenal.

Kedua-duanya mempunyai kontrak sehingga 2019.

Danny Welbeck, Aaron Ramsey

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain