suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Hero Real Madrid

CRISTIANO Ronaldo memastikan Real Madrid menjadi pasukan pertama mempertahankan trofi Piala Kelab Dunia apabila menjaringkan gol kemenangan kelab gergasi Sepanyol itu ke atas Gremio pada aksi final di Abu Dhabi, awal pagi Ahad.

Real Madrid mendominasi keseluruhan perlawanan tetapi bergelut untuk mencipta peluang gol pada babak pertama.

Namun Ronaldo akhirnya memecah kebuntuan apabila meledak gol pada minit ke-53 menerusi sepakan percuma.

Pemain Real Madrid meraikan kemenangan mereka.

Trofi itu sedikit sebanyak melonjak semangat pemain Real Madrid yang bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini.

Real Madrid kini akan kembali ke Sepanyol berdepan Barcelona dalam pertembungan El Clasico pada 23 Disember ini.

Ia adalah perlawanan penting buat mereka dalam usaha meneruskan buruan gelaran juara La Liga yang disifatkan kebanyakan pihak sebagai sudah tertutup.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Mourinho, Mkhitaryan Bergaduh

Artikel Berikut

Artikel Lain