suria

Simeone Tak Halang Griezmann

DIEGO Simeone sedia melepaskan Antoine Griezmann andai pemain itu benar-benar mahu meninggalkan Atletico Madrid.

Pemain kebangsaan Perancis itu sekali lagi dikaitkan dengan beberapa kelab ternama menjelang jendela perpindahan pemain dibuka semula bulan depan.

Griezmann kini menjadi buruan Manchester United dan juga Barcelona.

Pemain berusia 26 tahun itu nyaris menyertai United pada musim panas lalu tetapi ianya gagal dimuktamadkan ekoran sekatan perpindahan dikenakan terhadap Atletico.

Namun sekatan perpindahan itu akan berakhir bulan depan.

Simeone berkata dia tidak akan menghalang Griezmann untuk meninggalkan kelab gergasi Sepanyoo itu.

"Jika seorang pemain datang kepada saya dan kata saya ada peluang sekali seumur hidup untuk beraksi bersama pasukan tertentu, saya mahu meninggalkan kelab ini.

"Jika dia melakukan apa yang sepatutnya seperti Griezmann, saya kata ia tidak jadi masalah.

"Saya tahu dia perlu memperbaiki mutu permainannya. Sudah tentu Griezmann akan angkat kaki, sama seperti Diego Costa dan Arda Turan yang dibenarkan untuk meninggalkan kelab ini," katanya kepada L'Equipe.

Griezmann menjaringkan lima gol dalam aksi La Liga bersama Atletico setakat ini.

Artikel Sebelum

Blind Dalam Radar Barca

Artikel Berikut

Artikel Lain