suria

Pilihan Ronaldo Buat Real Madrid

Cristiano Ronaldo. Foto Reuters

CRISTIANO Ronaldo lebih berharap Real Madrid untuk mengambil rakan sepasukannya di Portugal, Andre Silva penyerang Inter Milan, Mauro Icardi.

Pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali itu menyifatkan Silva lebih baik untuk bekerjasama.

Icardi diarahkan untuk berhijrah ke La Liga selepas membuat permulaan yang baik musim ini untuk Inter Milan, dengan 16 gol.

Menurut media Diario Gol, Ronaldo telah bercakap dengan presiden kelab, Florentino Perez selepas beberapa laporan menyebut Real Madrid sedang mengintai Icardi dengan £81 juta (RM444 juta). 

Bagaimanapun, Ronaldo tidak yakin dengan pemain kelahiran Argentina itu dan mahu Silva menyertainya di Bernabeu.

Jika dibuat perbandingan, penyerang AC Milan itu masih belum mencatatkan sebarang gol pada liga Serie A musim ini, tetapi menjaringkan enam kali dalam Liga Europa. - Mail Online

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain