suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saingan Sengit Kejuaraan Dua Roda Terhebat

KUALA LUMPUR: Perlumbaan kedua terakhir Kejuaraan SuperMoto FIM Asia 2017 di Litar Karting KF1 di Kranji, Singapura pada Ahad ini dijangka menyaksikan saingan sengit dalam kalangan pelumba teratas dalam kejohanan berkenaan.

Menurut penganjur perlumbaan, E-Plus Global Sdn Bhd dalam kenyataan pada Jumaat, litar berkenaan pastinya akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelumba untuk mengambil peluang meraih seberapa banyak mata sebelum perlumbaan terakhir di Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Dis ini.

“Kejuaraan tersebut yang diadakan di rantau ini membuka mata kami kepada potensi perkembangan SuperMoto di Asia. Thailand, Indonesia dan Taiwan, diikuti dengan pusingan di Singapura dan Malaysia, akan menentukan juara perlumbaan ini di Asia.

“Kami juga berharap peminat akan menikmati setiap peluang bagi menyaksikan saingan kejuaraan dua roda terhebat pada kejohanan itu sebelum musim 2017 berakhir,” kata ketua pegawai eksekutifnya, Andrew Ching.

Berdasarkan beberapa pusingan sebelum ini, akan memberi pendahulu kejuaraan tersebut Lewis Cornish dari United Kingdom, kelebihan untuk mendahului barisan pelumba kerana beliau terus menguasai perlumbaan berkenaan sejak daripada permulaan musim. - Bernama

Supermoto FIM Asia 2017

Artikel Berikut

Pochettino Terdesak Cari Pemain

Artikel Lain