suria

Guardiola Mengaku Kembar Mourinho

Guardiola (kiri) dan Mourinho (kanan) merupaka 'seteru' sejak di Barcelona dan Real Madrid. - XGTY

PEP Guardiola mendakwa dirinya dan Jose Mourinho adalah kembar yang ingin memenangi trofi dalam bola sepak.

Kedua-dua pengurus itu bertemu Ahad apabila Guardiola membawa pasukan teratas Liga Perdana Inggeris, Manchester City ke Old Trafford untuk menghadapi saingan menentang Manchester United dalam derby yang paling dinanti-nantikan.

Guardiola dan Mourinho, dua daripada pengurus yang paling berjaya di era mereka telah bertembung banyak kali sejak zaman mereka masing-masing berkhidmat untuk Barcelona dan Real Madrid.

Guardiola berkata: "Pastinya, kami adalah kembar, mereka mahu memenangi trofi, kami juga mahu memenangi trofi.

"Saya fikir Antonio Conte, Jurgen Klopp dan Mauricio Pochettino juga sama dan semua liga di seluruh dunia akan mempunyai pengurus pasukan."

Guardiola telah memenangi enam gelaran liga domestik ketika memimpin Barcelona dan Bayern Munich, manakala Mourinho pula meraih kejayaan sebanyak lapan kali dengan Porto, Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid.

Mereka masing-masing memenangi Liga Juara-Juara sebanyak dua kali. - Eurosport

Pep Guardiola, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain