suria

Griezmann Kata 'Ya' Tapi Bukan Untuk United

Antoine Griezmann. -fotoAP

PENYERANG Atletico Madrid Antoine Griezmann telah memberitahu Manchester United bahawa dia akan bergabung dengan kelab lain musim panas depan, menurut Mundo Deportivo.

The Red Devils berharap dapat membawa pemain Perancis itu ke Old Trafford, namun percubaan mereka sia-sia apabila pemain itu dikatakan sudah mencapai persetujuan dengan Barcelona yang kini sedang memimpin liga Sepanyol.

Bintang Euro 2016 dilihat itu dijangka akan tiba di Nou Camp pada musim panas akan datang, setelah secara prinsipal bersetuju dengan perjanjian kelab tersebut.

Difahamkan, Presiden Barca Josep Maria Bartomeu telah berusaha di belakang tabir dalam usaha mencapai kesepakatan itu.

Laporan menyatakan bahawa Bartomeu menerima jawapan 'ya' dari Atletico Madrid dan pemain itu sendiri.

Barca dilihat menang persaingan apabila United, Real Madrid dan PSG juga dikatakan mahu mendapatkan tandatangannya.

Berita ini tentunya menjadi tamparan hebat buat United yang telah mengenalpasti Griezmann sebagai sasaran perpindahan nombor satu mereka.

Apabila Naib Pengerusi Ed Woodward berhubung dengan wakil pemain, mereka memaklumkan kepadanya bahawa Griezmann telah membuat keputusannya dan dia akan menyertai Barca.

Bulan lalu, dalam biografinya, Griezmann mendedahkan bahawa perpindahan ke Manchester adalah mungkin. -101greatgoals

Antoine Griezmann, Ed Woodward

Artikel Sebelum

Artikel Lain