suria

Gary Cahill Mula Dirisik

Gary Cahill

JUVENTUS telah mula menghubungi Chelsea dalam usahanya untuk menandatangani Gary Cahill.

Juara Serie A itu amat memerlukan sentuhan baru, setelah kehilangan Leonardo Bonucci yang berhijrah ke AC Milan.

Dan sumber yang dekat dengan kelab itu telah memberitahu The Sun bahawa mereka menyasarkan Cahill, setelah maklum Antonio Conte tidak yakin betapa besarnya peranan yang akan dimainkan oleh Cahill pada musim ini.

Ketibaan Antonio Rudiger dari Roma bermakna salah seorang pemain musim lalu mungkin akan diletakkan ke bangku simpanan.

Dengan David Luiz dan Cesar Azpilicueta begitu mengagumkan, bekas pemain Bolton Wanderers itu mungkin akan diabaikan apabila Conte menganggap kaptennya itu sebagai paling 'tidak diperlukan'.

Cahill telah mengalami mimpi ngeri mulai musim ini, memperoleh kad merah dalam perlawanan pembukaan yang menyaksikan kekalahan Chelsea kepada Burnley.

Setelah kehilangan Bonucci, seorang pemain yang mana Conte terdesak untuk membawanya masuk ke Stamford Bridge, mereka juga gagal mendapatkan salah satu sasaran utama mereka Jerome Boateng dan Diego Godin sebagai pengganti.

Gary Cahill, Antonio Conte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain