suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibrahimovic Kembali Perkuat United

ZLATAN Ibrahimovic menandatangani kontrak baharu selama setahun bersama Manchester United.

Pemain berusa 35 tahun itu menjaringkan 28 gol dalam 46 penampilannya sebelum bergelut dengan kecederaan lutut yang serius ketika menentang Anderlecht pada aksi Liga Europa, April lalu.

Dia akan memakai jersi No 10 pada musim keduanya di Old Trafford.

Bekas penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu akan kembali memperkuat United menjelang pertemuan menentang Tottenham pada aksi Liga Perdana Inggeris, 28 Oktober ini.

“Saya kembali untuk menamatkan apa yang saya mulakan. Ia sentiasa milik saya dan niat kelab untuk melihat saya kekal.

“Saya tidak sabar untuk kembali ke Old Trafford. Saya juga tahu saya memerlukan masa untuk memastikan saya bersedia.

“Saya sentiasa berusaha keras dan akan memastikan saya berada pada tahap terbaik untuk kembali ke padang,” katanya.

Ibrahimovic dilepaskan pada tahun terakhir kontraknya tetapi menjalani proses pemulihan sejak beberapa bulan lalu.

Terdahulu Jose Mourinho memberi bayangan bahawa Ibrahimovic boleh kembali menyarung jersi United.

“Kami berbangga Zlatan dalam proses untuk pulih dan kami turut teruja melihatnya kembali memperkuat pasukan,” kata Mourinho.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain