suria

'Tergoda' Tawaran Barca, Dortmund Ubah Fikiran

Ousmane Dembele

BARCELONA dilaporkan telah bersetuju dengan bayaran £90 juta yang diletakkan Borussia Dortmund untuk mendapatkan Ousmane Dembele.

Barcelona terdesak untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Neymar setelah menyertai Paris Saint-Germain yang mencatatkan perpindahan rekod dunia sebanyak £198 juta.

Dembele kini digantung oleh Dortmund selepas tidak hadir sesi latihan Khamis lepas sebagai satu cara menunjukan dia mahu ke Camp Nou.

Dortmund sebelum ini telah menyatakan dengan jelas bahawa pemain berusia 20 tahun itu tidak akan dijual.

Walau bagaimanapun, Barca nampaknya telah berjaya menggoda kelab itu dengan tawaran terbarunya.

Akhbar Sepanyol, Sport berkata kelab gergasi Sepanyol itu telah mengemukakan tawaran £90 juta yang dipersetujui Dortmund kerana mereka bersedia membayar jumlah penuh.

Sport menambah Dortmund mahukan tambahan sebanyak £27 juta selain yuran perpindahan yang sedang dirundingkan.

Dembele kini sedang berlatih bersendirian sementara menunggu urusan perpindahannya dirundingkan.

Laporan lain yang muncul minggu lepas mencadangkan bahawa beberapa terma peribadi telah ditolak antara pemain dan kelab untuk perpindahan ke Barcelona.

Barca agak lembab dalam urusan jual beli pemain tahun ini.

Pengurus baru, Ernesto Valverde setakat ini hanya menandatangani Nelson Semedo, selain Paulinho yang bersedia untuk melengkapkan perpindahan ke kelab tersebut sebaik sahaja menjalani pemeriksaan perubatan minggu ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain