suria

Perangai Costa Memalukan - Wright

BEKAS penyerang Arsenal Ian Wright tidak faham kenapa ada pemain yang berperangai seperti Diego Costa.

Penyerang Chelsea itu yang kini berada di kampung halamannya di Brazil mendakwa dilayan seperti penjenayah dan ingin mneyertai Atletico Madrid.

Ia berikutan selepas pengurus The Blues, Antonio Conte pada Jun lalu dikatakan menghantar teks memberitahu dia tidak ada dalam senarai perancangan musim baharu ini.

Tetapi Costa memberitahu dia disuruh menjalani latihan bersama skuad simpanan.


"Saya tidak faham bagaimana pemain boleh mempunyai sikap seperti itu.

"Dengan perangai seperti itu ia amat memalukan," jelas Wright.

Penyerang Sepanyol itu diberi tempoh untuk kembali ke kelab sehingga hujung bulan lalu, namun kini Costa mendakwa dia didenda kerana tidak hadir menjalani latihan, malah dalam pertimbangan untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Chelsea menjangkakan Costa akan tiba segera di Stamford Bridge , menjalani latihan, memastikan dirinya cergas kerana dia masih mempunyai kontrak bersama kelab.

"Sepatutnya dia perlu kembali ke kelab. Jadi jika pengurus bertukar fikiran, dia ada di sana. Dia mengumpul kekayaan di Chelsea. Mampukah Atletico Madrid membayarnya?"

"Mesti ada perkara yang telah berlaku.

"Saya juga tidak faham kenapa perkara ini boleh berlaku selepas dia menjaringkan 20 gol musim lalu?," jelas Wright yang beraksi 33 perlawanan bersama England.

Diego Costa, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain