suria

Cardiff City: Vincent Tan Terbuka Terhadap Sebarang Tawaran

Tan selfie bersama peminatnya.

PETALING JAYA: Tan Sri Vincent Tan tidak bercadang untuk menjual kelab bola sepak Cardiff City tetapi terbuka terhadap sebarang tawaran, lapor BBC.

Difahamkan taikun Malaysia itu menafikan spekulasi bahawa dia secara aktif mahu menjual kelab tersebut.

Namun pemilik kelab itu berkata beliau akan melayan sebarang tawaran dan hanya akan melepaskan Cardiff City jika harga sewajarnya ditawarkan.

"Orang mendekati kami dan kami lihat, kemudian berbincang. Namun ia tidak bermaksud kami akan menjualnya.

"Jika tawaran tepat hadir, satu tawaran yang sukar ditolak, jadi kami akan jual. Ia satu perniagaan," katanya.

Tan tidak menghadiri sebarang perlawanan Cardiff City di gelanggang sendiri dalam dua kempen terakhir sehingga menimbulkan khabar angin bahawa beliau sudah tidak berminat dengan kelab tersebut.

Beliau bagaimanapun menonton perlawanan Cardiff-Aston Villa pada Sabtu.

Cardiff menundukkan Aston Villa 3-0.

Tan dilihat memakai jersi biru kelab tersebut yang menampakkan slogan 'Visit Malaysia'.

Sebelum ini, Tan dilaporkan berhasrat untuk menjual Cardiff pada Julai selepas satu risalah dikeluarkan syarikat pelaburan swasta miliknya yang membuka peluang kepada pelabur untuk memiliki kelab itu.

Cardiff City

Artikel Sebelum

Jadual Sukan SEA

Artikel Berikut

Artikel Lain