suria

Messi Dedah Satu-Satunya Pemain Dia Pernah Minta Tukar Jersi

Lionel Messi. -fotoREUTERS

BINTANG Barcelona, Lionel Messi mendedahkan tentang satu-satunya pemain yang dia pernah meminta untuk bertukar jersi.

Messi kebiasaannya didatangi pemain lain untuk bertukar jersi dengannya selepas tamat perlawanan, kecuali pada satu ketika apabila dia sendiri telah meminta untuk bertukar jersi dengan Zinedine Zidane.

Dalam satu temu bual dengan penerbitan Sepanyol, Invictos, Messi mengakui bahawa hanya sekali dalam kerjayanya, iaitu pada tahun 2005, dia telah meminta untuk bertukar jersi dengan Zidane.

Yang menariknya, Zidane ketika itu bermain untuk musuh ketat Barcelona, Real Madrid.

"Saya tak pernah minta tukar jersi. Jika ada pun di Argentina, saya akan bertukar sesama pemain," jelas pemain berusia 29 tahun itu.

"Jika ada yang datang minta tukar dengan saya, saya akan tukar dengan mereka. Jika tidak, saya tidak akan minta tukar dengan orang lain.

"Saya pernah minta sekali...saya minta tukar dengan Zidane."

Lionel Messi, jersi, Zinedine Zidane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain