suria

Conte Tak Jamin Hazard Kekal Di Chelsea

Eden Hazard. -fotoREUTERS

ANTONIO Conte menegaskan bahawa masa depan Eden Hazard dan pemain lain berada di bawah tanggungjawab kelab.

Conte berkata, mustahil untuk dia memberi jaminan bahawa Hazard akan bertahan di Chelsea pada musim depan, tetapi dia percaya pemain antarabangsa Belgium itu gembira di Stamford Bridge.

Hazard dikhabarkan menjadi sasaran utama Real Madrid pada musim panas ini dan menurut spekulasi di Sepanyol, pemain berusia 26 tahun itu juga telah bersedia untuk bermain bersama Real.

Hazard menegaskan bahawa dia tidak akan berbincang dengan kelab berhubung potensi lanjutan kontrak sehinggalah musim ini berakhir.

Conte, ketika ditanya tentang perkara ini berkata: “Saya fikir mustahil untuk saya mengambil tanggungjawab ini, bukan hanya untuk Eden tetapi juga untuk setiap pemain.

“Dalam situasi ini, kelab yang akan membuat keputusan akhir. Saya dapat menyatakan pandangan tentang keadaan ini, tapi saya ulangi, hanya kelab yang mempunyai kata putus.

"Saya tidak fikir bahawa idea ini (menjual Hazard) tidak difikirkan oleh kelab, kerana saya fikir kami perlu meningkatkan dan mengukuhkan pasukan.

“Dia pemain hebat, memiliki bakat besar. Saya rasa musim ini prestasinya banyak meningkat, bukan hanya di padang, tapi dirinya juga menjadi lebih kuat, secara mentalnya lebih kuat.

“Pada tahap ini sangat penting untuk melakukan satu langkah kerana ia bakal membawa anda ke arah menjadi pemain terbaik dunia. Saya fikir Eden mula melakukan langkah ini," katanya.

Eden Hazard, Antonio Conte, Chelsea

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain