suria

Dollah Keliru Keputusan Gantung Sumareh

Pemain Pahang Sumareh Mohamadou (kiri) diasak pemain Johor Darul Takzim (JDT) Mohamad Fadhli Mohd Shas pada perlawanan suku akhir Pertama Piala FA baru-baru ini. Foto: Bernama

KUANTAN: Dollah Salleh melahirkan rasa hairan dengan hukuman penggantungan yang dikenakan kepada pemainya Mohamadou Sumareh.

Dia mengakui masih belum dapat memahami dengan jelas sebab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu  yang mengumumkan hukuman penggantungan ke atas pemain dari Gambia itu.

“Apa sebab, punca dan kenapa. Saya tidak faham apa punca dikenakan tindakan pengantungan kepada Sumareh.

“Tengok tayangan video perlawanan, pengadil perlawanan tidak melayangkan kad, tahu-tahu sahaja dia kena (tindakan) sedangkan dia yang kena terjah. Tapi dia pula digantung.

“Saya tak faham tindakan yang diambil kerana dia adalah mangsa, namun dikenakan tindakan," katanya.

Sumareh digantung untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala FA apabila Pahang menentang Negeri Sembilan pada Ahad ini.

Sumareh dilihat melakukan terjahan ke atas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Afif Fazail dalam perlawanan suku akhir Piala FA pada Ahad lalu.

Dollah berkata setakat ini dia difahamkan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) masih belum menerima surat pengesahan mengenai pengantungan tersebut.

Baljit Singh turut mengumumkan empat pemain Liga Super digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000 atas kesalahan melakukan terjahan keras, termasuk Sumareh dan Afiq Fazail.

Dua lagi pemain ialah Mohd Rizal Ghazali (Kedah) dan Mohd Fakhrurazi Musa (T-Team) yang digantung dua perlawanan.-Bernama

Sumareh, Pahang, gantung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain