suria

Liverpool Akur Tewas 4-3 Kepada Bournemouth

KELEMAHAN barisan pertahanan Liverpool menyaksikan skuad Jurgen Klopp itu tewas 4-3 kepada Bournemouth di Stadium Vitality dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad malam.

Liverpool turun ke gelanggang lawan dengan penuh keyakinan apabila berjaya meledak dua gol pada babak pertama permainan menerusi Sadio Mane minit ke-20 dan
Divock Origi dua minit kemudian.

Bagaimanapun keselesaan dua jaringan itu tidak berpanjangan apabila pemain tuan rumah, Callum Wilson menyempurnakan sepakan penalti pada minitt ke-56 untuk jaringan pertama Bournmouth.

Namun The Reds bertambah yakin untuk mencatat kemenangan ke atas Bournemouth apabila Emre Can menambah jaringan ketiga pada minit ke-64.

Detik-detik tekanan mula dirasai pemain-pemain Liverpool apabila Ryan Fraser pula memberi gol kedua minit ke-76 sebelum Steve Cook menambah duka pasukan pelawat dengan gol penyamaan minit ke-79.

Aksi penuh drama berterusan apabila Nathan Ake memusnahkan harapan Liverpool untuk meraih mata penuh dengan gol kemenangan pada minit kecederaan (m93) sekaligus menyaksikan skuad Eddie Howe meraih tiga mata penuh bagi perlawanan ini.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool jatuh ke posisi ketiga kedudukan pasukan dengan 30 mata. Manakala Bournemouth di tangga ke-10 dengan mengumpul 18 mata.

Liverpool, Bournemouth

Artikel Sebelum

Artikel Lain