Tragedi Chapecoense: Ronaldinho, Riquelme Sedia Beraksi Semula - Sukan | mStar

Tragedi Chapecoense: Ronaldinho, Riquelme Sedia Beraksi Semula

DUA legenda bola sepak Amerika Latin, Ronaldinho dan Juan Roman Riquelme dilaporkan mahu kembali daripada persaraan untuk bermain dengan kelab Chapecoense yang kehilangan hampir semua pemain utama dalam nahas udara baru-baru ini.

Kelab Brazil itu kehilangan 19 pemain utama apabila pesawat yang dinaiki terhempas di Colombia pada 29 November lalu.

Beberapa laporan media dan maklumat yang tersebar dalam laman sosial menyatakan kehadiran kedua-dua pemain itu sebagai tanda solidariti untuk membangunkan semula kelab Chapecoense.

Pengurus dan abang Ronaldinho, Roberto Assis berkata kepada akhbat Globo Esporte, kejadian yang menimpa kelab Brazil tersebut ternyata menyedihkan dan semua pihak sedang melalui detik-detik sukar.

"Jika kami dihubungi, mungkin perkara ini boleh dibincangkan.

"Saya hanya boleh menyatakan bahawa kami sentiasa sedia untuk membantu.

"Dia (Ronaldinho) boleh menjadi pemain untuk kelab tersebut tetapi buat masa ini, bantuan kepada keluarga mangsa lebih penting.

"Sebagai rakyat Brazil, kami terkesan dengan tragedi ini. Kita tetap bersama," katanya.

Ronaldinho mengumumkan persaraan pada 2015 selepas beraksi untuk kelab Fluminense manakala Riquelme yang merupakan bekas pemain Argentina pula kali terakhir bermain bersama Argentinos Juniors pada 2014 sebelum menggantung but.

Bagaimanapun tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Riquelme bagi mengesahkan perkara itu.

Artikel Sebelum

JDT Hantar Pemain Muda Ke Sepanyol, Portugal

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain