suria

F1: GP Jerman Digugur Daripada Kalendar Musim 2017

Litar Hockenheim, Jerman

GRAND Prix Jerman tidak tersenarai dalam kalendar perlumbaan Formula Satu (F1) 2017 berikutan berdepan dengan masalah kewangan.

Keputusan tersebut diputuskan pada Khamis selepas mesyuarat Majlis Sukan Bermotor Dunia (WMSC) di Vienna biarpun pelumba Mercedes kelahiran Jerman, Nico Rosberg baharu saja dinobatkan sebagai juara dunia.

Ketiadaan GP Jerman sememangnya dijangka selepas tidak mampu membayar yuran penganjuran walaupun kehadiran penonton musim ini amat menggalakan dengan 57,000 kahadiran di Litar Hockenheim.

Litar Hockenheim merupakan salah satu venue terbaik buat  juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher apabila berjaya melakar tujuh rekod kemenangan di situ.

Ketiadaan GP Jerman itu bakal menyaksikan jumlah keseluruhan perlumbaan F1 2017 sebanyak 20 pusingan berbanding 21 musim ini.

Sementara itu, tarikh  Grand Prix Azerbaijan bakal diubah bagi mengelak pertembungan dengan perlumbaan Le Mans 24 Hours.

Manakala Malaysia akan menjadi tuan rumah pusingan ke-15 di Litar Antarabangsa, Sepang, pada 1 Oktober.

Perlumbaan permbukaan akan bermula di Melbourne, Australia pada 26 Mac dan pusingan penutup musim di Abu Dhabi pada 26 Nov dengan empat pusingan pada bulan Oktober.

KALENDAR F1 DUNIA MUSIM 2017.


26 Mac - Melbourne (Australia)

9 April - Shanghai (China)

16 April - Bahrain

30 April - Sochi (Rusia)

14 Mei - Barcelona (Sepanyol)

28 Mei - Monte Carlo (Monaco)

11 Jun - Montreal (Kanada)

25 Jun - Baku (Azerbaijan)

9 Julai - Spielberg (Australia)

16 Julai - Silverstone (Great Britain)

30 Julai - Budapest (Hungary)

27 Ogos - Spa-Francorchamps (Belgium)

3 Sept - Monza (Itali)17 Sept - Singapura

1 Okt - Sepang (MALAYSIA)

8 Okt -Suzuka (Jepun)

22 Okt - Austin (Amerika Syarikat)

29 Okt - Mexico City (Mexico)

12 Nov - Sao Paulo (Brazil)26 Nov - Abu Dhabi

F1, , GP Jerman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bintang Arsenal Cipta Rekod Dunia

Artikel Lain